Khamis, 28 Januari 2010

Mantan SMU menang dalam PRK

Asslamualaikum..

SMU ingin mengucapkan tahniah kepada mantan SMU yang mendapat kemenangan dalam Pilihan Raya Kampus UPSI yang berlangsung pada hari ini (28 January 2010). Keputusan yang diumumkan oleh Naib Cancelor UPSI, Prof Dato’ Dr. Aminah BInti Ayob pada pukul 5.30 petang tadi.

Sebelum ini, SMU menyatakan bahawa seramai 5 orang Mantan Jawatankuasa SMU bertanding dalam PRK. Namun, hanya 2 orang sahaja yang memenangi dalam PRK kali ini iaitu Khadijah Bakri dan Mohd Zukhelmi Abdul Wahab.Kepada yang lain, anda jangan bersedih kerana anda telah melakukan yang terbaik. Anda jugalah juara kerana sanggup bertempur walau dengan apa cara sekali pun. Warga SMU doakan yang terbaik kepada semua. Mudah-mudahan barisan MPP kali ini lebih melakukan yang terbaik dalam yang terbaik. Tahniah sekali lagi kepada Mantan SMU dan barisan kepimpinan MPP sesi 2009/2010.

Ini merupakan keputusan PRK yang diumumkan petang tadi:

Calon UMUM:

  1. Shaiha Bt Sulaiman (5051)
  2. Khadijah Mohd Bakri (4041)
  3. Nur Emillida Yusoff (2779)
  4. Mohammad Faizal Mad Daud (3590)
  5. Muhd Muzakkir Afiq Musa (3698)
  6. Nik Azrul (4925)
  7. Mohd Zahar (4671)
  8. Priyatharshini Darmalinggam (2735)

Fakulti Bahasa:

  1. Amin (609)
  2. Atiqah (377)

Fakulti Perniagaan Dan Ekonomi:

  1. Mohd Zulhelmi Bin Abdul Wahab (366)
  2. Nurul Illyana Bt Mohamad (260)
  3. Mohd Zaini Bin Zainuddin (206)

Fakulti Sains dan Teknologi:

  1. Nadiah (602)
  2. Herwana (547)
  3. Wan Nurul Huda (507)

Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan:

  1. Noranoo (1241)
  2. Shahril (1056)
  3. Eddy Sabri (960)
  4. Faiqah (923)

Fakulti Seni dan Muzik

  1. Nizamuddin (908)
  2. Ashikin (631)
  3. Anis Atiqah (579)
p/s: huruf yang di 'bold' merupakan Mantan SMU yang bertanding dalam PRK\

"Sekali Bersahabat Selamanya Bersahabat"

Ahad, 24 Januari 2010

Mantan Jawatankuasa Kelab SMU Bertanding dalam PRK

Assalamualaikum..

Semalam (23 Januari 2010), calon-calon yang bertanding dalam PRK kali ini sibuk menaikkan poster mereka sama ada bertanding di kawasan umum mahupun kawasan fakulti. Tempat tumpuan yang meriah dengan poster-poster calon adalah di kawasan Bitarasiswa dan Pintu timur dimana semua calon tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tempat bagi menggantungkan poster mereka.

Untuk pengetahuan semua pembaca, tempoh kempen yang diberikan oleh calon-calon yang bertanding dalam PRK adalah selama 6 hari dimana ia akan berakhir pada 27 Januari 2010, jam 12.00 pagi. Disini SMU ingin maklumkan bahawa beberapa Mantan Jawatankusa Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti turut bertanding dalam PRK kali ini. Mereka adalah:


Mohd Zulhelmi Bin Abdul Wahab
Mantan Presiden Kelab SMU


Nur Emillida Binti Yusoff
Mantan Setiausaha Kelab SMU


Mohamad Faizal Bin Mad Daud
Mantan Exco Latihan Perhubungan dan Sahsiah Kelab SMU



Khadijah Binti Mohd Bakri
Mantan Exco Penerbitan, Dokumentasi dan Informasi Kelab SMU



Priyatharshini Darmalinggam
Mantan Exco Perhubungan dan Pengantarabangsaan

Bagi Mohd Zulhelmi Bin Abdul Wahab, akan bertanding di Kawasan Fakulti iaitu mewakili Fakulti Perniagaan Dan Ekonomi. Manakala bagi Nur Emillida Binti Yusoff, Mohamad Faizal Bin Mad Daud, Priyatharshini Darmalinggam dan Khadijah Binti Mohd Bakri masing-masing akan bertanding di kawasan Umum.

SMU harapkan agar PRK kali berjalan dengan lancar tanpa melibatkan sebarang ancaman dari pihak luar. Selain itu juga, semua warga UPSi disarankan turun untuk menggundi pada 28 Januari 2010 dan berilah sokongan kepada calon-calon yang bakal bertanding pada PRK kali ini.

“Sekali Bersahabat, Selamanya Bersahabat”

“Pimpinan Bitara, Sayangi Universiti Kita”

Rabu, 20 Januari 2010

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010

Asalamualaikum

Disini SMU ingin mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 kerana memberikan sumbangan mental, emosi dan fizikal anda sepanjang bergelar MPP. Mereka juga sedikit sebanyak telah menaikkan nama UPSI dalam pebagai aspek.

Berikut merupakan tarikh penting bagi pemilihan calon MPP bagi sesi 2009/2010:

MAKLUMAT-MAKLUMAT MENGENAI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009/2010

20/01/2010 (Rabu)
NOTIS Perisytiharan PEMBUBARAN MPP 2008/2009.

21/01/2010 (Khamis)
8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempoh penjualan Borang Pencalonan
Bilik Mesyuarat Utama, Aras
Dua, Blok A, Bangunan JHEPA.

22/01/2010 (Jumaat)
8.30 pagi hingga 11.00 pagi
HARI PENAMAAN CALON (Bergambar)
Bitarasiswa (Bilik Seminar)

12.00 tengah hari
Pengumuman calon-calon yang layak bertanding Bitarasiswa(Bilik Seminar)

2.45 petang hingga 3.45 petang
Rayuan, bantahan dan penarikan diri pencalonan
Bitarasiswa (Bilik Sekretariat Pencegahan Rasuah)

4.45 petang
PENGUMUMAN AKHIR CALON YANG LAYAK BERTANDING (JIKA ADA PERUBAHAN)
Bitarasiswa (Bilik Seminar)

5.30 petang
Taklimat kepada calon-calon yang layak bertanding dan wakil calon-calon
Bitarasiswa (Bilik Seminar)

6.30 petang hingga 12.00 t/mlm
Kempen Pemilihan
1. Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
2. Kolej-kolej Kediaman

23/01/2010 (Sabtu) hingga 27/01/2010 (Rabu)
8.30 pagi hingga 12.00 t/mlm
Kempen Pemilihan
1. Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
2. Kolej-kolej Kediaman

28/10/2010 (Khamis)
8.30 pagi hingga 5.00 petang
HARI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2009/2010
1. Bitarasiswa
2. Dewan SITC
3. Dewan Serba guna Kolej Za’ba
4. Dewan Serbaguna KUO
5. Foyer Kolej Harun Aminurrashid
6. Perpustakaan Tuanku Bainun
7. Foyer KDP

5.30 petang
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009/2010
Dewan SITC

29/10/2010 (Jumaat)
8.30 pagi hingga 10.00 pagi
Rayuan dan bantahan keputusan Pemilihan (jika ada)
Bilik Mesyuarat RMC
Aras 3 Bangunan Canselori

12.00 tengahari
Keputusan rasmi dan muktamad Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010
Papan Kenyataan Utama di kampus induk dan kolej-kolej kediaman dan Laman web

3.30 petang

Taklimat kepada MPP Sesi 2009/2010 Bilik Mesyuarat Utama JHEPA

Sumber: www.upsi.edu.my

p/s:

*diharapkan agar semua warga UPSI dapat memberikan sokongan moral kepada bakal MPP sesi 2009/2010

*Kepada bakal MPP, lakasanakanlah tugasan dan tanggungjawab anda sebaik-baiknya demi menaikkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris dan bukannya mengikut ideologi masing-masing.

Isnin, 18 Januari 2010

Terimaan Pinjaman Tajaan PTPTN

Adalah dimaklumkan mengikut maklumat yang diterima dari pihak PTPTN, hanya pelajar Ijazah sarjana muda bagi tahun 2006 dan 2007 sahaja yang akan menerima wang pinjaman PTPTN pada 20 Januari 2010. Walaubagaimanapun bagi pelajar Tahun 2008 dan 2009, wang pinjaman tidak dapat dikreditkan pada tarikh tersebut kerana terdapat masalah teknikal di pihak PTPTN.

Pihak Bendahari akan sentiasa merujuk ke PTPTN bagi mendapatkan maklumat yang terkini. Sebarang maklumat yang diterima akan dihebahkan dari masa ke semasa.

Sekian, harap maklum.

http://www.upsi.edu.com.my


Selasa, 20 Oktober 2009

Hari Interaksi SMU dan Jamuan One Malaysia

Hari Interaksi SMU dan Jamuan One Malaysia.

Assalamualaikum

Perhatian kepada semua ahli kelab Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU), anda dijemput dan diwajibkan untuk menghadiri satu majlis Hari Interaksi SMU dan jamuan Hari Raya One Malaysia. Berikut adalah maklumat yang berkaitan:

Tarikh : 21 Oktober 2009
Tempat : Bilik Seminar/Pameran Bitarasiswa
Masa : 8.00 Malam – 11 Malam
Pakaian : Bertemakan One Malaysia (Pakaian kebudayaan masing-masing)
Aktiviti : Nyanyian Lagu Raya, Teka Kuih Raya, Cabutan Bertuah, Teka Lagu Raya, King of
The Night, Men of The Night

SEMUA SMU SEMESTER 7 (AKHIR) ANDA JUGA DIWAJIBKAN HADIR. INI KERANA INI MERUPAKAN PROGRAM TERAKHIR SEBELUM ANDA BERPRAKTIKUM DI SEKOLAH PADA SEMESTER HADAPAN.INI MERUPAKAN SATU PROGRAM GATHERING SEMUA SMU SAMA ADA JUNIOR MAHUPUN SENIOR.

SEMUA AHLI KELAB YANG LAMA DAN BARU WAJIB HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI HARI INTERAKSI SAHABAT MAHASISWA UNIVERSITI INI.

SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA BERSAHABAT.
WASSALAM!!!

Mana Study Week 2 minggu???


Mana janji STUDY WEEK 2 MINGGU???


Assalamualaikum...


SMU ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua mahasiswa/wi UPSI dan seterusnya ahli kelab SMU. SMU berharap semua mahasiswa/wi dapat menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan dan tidak membuat kecurangan akademik semasa minggu peperiksaan. Alhamdulillah kali ini, ada juga study week satu minggu berbanding semester lepas yang tidak ada study week langsung.


SMU masih teringat dengan janji seorang Majlis Perwakilan Pelajar yang menjanjikan Study Week kepada 2 minngu kepada semua mahasiswa/wi UPSI sekiranya dipilih dalam PRK yang lepas. Beliau tidak asing lagi kepada mahasiswa/wi UPSI, iaitu saudari Nor Hafizawati (exco latihan dan pembangunan sahsiah) yang menjanjikan perkara ini. Beliau yang telah memenangi kerusi fakulti Sains Teknologi menjanjikan study week 2 minggu kepada seluruh warga UPSI sekiranya memenagi kerusi tersebut. Namun, selepas kemenangannya, study week pada semester bukan 2 minggu, 1 minggu malah tidak ada langsung study week pada semester lepas.

Noor Hafizawati (Calon FST MPP 08/09 UPSI)


Walaubagaimanapun, mahasiswa/wi UPSI mengangap manifesto beliau akan dilaksanakan pada semester ini tetapi apabila diselidiki daripada takwim akademik, ianya gagal juga dilaksanakan untuk study week 2 minggu di UPSI. SMU bukan ingin mengaibkan saudari Nor Hafizawati, tetapi SMU ingin mngingatkan saudari Nor Hafizawati bahawa Manifestonya masih lagi tidak tercapai dan tidak ada langsung usaha untuk mencapinya. Memang ianya satu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan. Apabila ditanya kepada segelintir mahasiswa/wi UPSI adakah relevan study week 2 minggu? Ramai yang menjawab ianya tidak relevan kerana masa seminggu sudah cukup untuk membuat ulangkaji. Jelas disini bahawa segelintir calon yang bertanding atas janji-janji yang langsung tidak relevan dan mampu mengaburi mata mahasiswa/wi UPSI untuk meraih undi.


SMU masih berdoa supaya saudari Nor Hafizawati dapat melaksanakan manifestonya kepada seluruh warga UPSI sekiranya mampu. SMU juga berharap pada calon yang akan bertanding pada masa akan datang, jangan tabur janji atau manifesto yang memang tidak boleh dicapai. Sebelum memikirkan manifesto, anda perlu membuat sedikit penyelidikan sebelum ianya diuar-uarkan kepada warga UPSI.


SMU ingin memohon ampun dan maaf kepada warga UPSI sekiranya terdapat kesalahan bahasa, kesilapan yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Pastikan menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang dan pastikan sentiasa berdoa. Usaha dahulu sebelumbertawakkal kepada Allah Taala. SMU mendoakan supaya semua dipermudahkan dan memperoleh keputusan yang cemerlang kelak.

Sekali Bersahabat, Selamanya Bersahabat....

Wassalam...

Khamis, 15 Oktober 2009

Tahniah mantan SMU dinobatkan penerima Anugerah Nadi Negara.

Kyasyatul Rodziah (mantan SMU) dua dari kanan...


Assalamualaikum

SMU ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada mantan SMU iaitu saudari Khasaytul Rodziah kerana menerima Anugerah Nadi Negara tahun 2009 semalam di PWTC. Anugerah itu diterima oleh beliau dari kerajaan Malaysia sempena Perhimpunan UMNO yan berlansung di PWTC. Anugerah itu diberikan atas kelayakkan dan kebolehan saudari Khasyatul Rodziah sebagai bakal pemimpin masa depan negara. SMU merasakan satu penghargaan kepada beliau kerana berjaya menaikkan nama UPSI diperingkat kebangsaan. Ini sekaligus membuktikan bahawa UPSI mampu melahirkan guru yang berkualiti dalam aspek kepimpinan.


Apabila ditanya kepada beliau, beliau berkata ini atas doa ibu dan bapanya selama ini. Beliau juga berkata beliau tidak menyangka akan memperoleh anugerah seperti itu dan menyatakan itu merupakan satu pengalaman yang cukup indah. SMU merasakan mahasiswi di UPSI sepatutnya mencontohi beliau supaya mampu menaikkan nama baik keluarga, agama, bangsa dan negara kelak. Tunjukkanlah kita mahasiswa/wi yang berkualiti.


Apabila SMU bertanya kepada Kasya adakah ianya diperoleh atas tiket menyokong UMNO? Beliau hanya tergelak besar dan menyatakan, sebagai mahasiswa/wi tugas kita adalah belajar dan menimba ilmu dan bukannya berpolitik. Sepanjang pengajian saya tidak terlibat dalam mana-mana parti politik semasa di UPSI. Kalau sertai sudah pasti saya dikenakan tindakan Akta Universiti & Kolej Universiti. Anugerah ini atas usaha saya dalam berkhidmat sebagai Setiausaha Agung MPP 07/08 di UPSI. Pengalaman sebagai MPP cukup mengajar saya erti kehidupan. Sebagai pemimpin, saya terima banyak dugaan dan cabaran di UPSI. Pernah sekali saya pernah di cop sebagai ANJING HEP. Tapi Allah tahu apa perjuangan kami dan rakan-rakan aspirasi ketika itu dan kawan-kawan Aspirasi juga tahu apa perjuangan politik kampus yang sebenar.


Beliau juga mnyarankan sesetengah pihak yang cuba bermain isu dan memburukkan nama beliau di UPSI patut mengetahui hal yang sebenar dan untuk kepastian hubunginya dan bukan membuat cerita sewenang-wenang yang boleh menjatuhkan dan mangaibkan seseorang dalam blog. Beliau juga menyarankan supaya mahasiswa/wi UPSI sentiasa berhati-hati dalam mempercayai medium maklumat yang disampaikan oleh sesetengah blog di UPSI. Beliau juga mengulas banyak isu di kampus dipolitikkan atas sebab kepentingan individu tertentu.


Apabila ditanya berkaitan dengan tampuk kepimpinan MPP 08/09? Beliau hanya mendiamkan diri, Ini kerana beliau menyatakan pada SMU, Tampuk kepimpinan MPP baru masing-masing memperjuangkan ideologi sahaja, dan manifesto masing-masing terabai. Beliau juga manyatakan politik di kampus adalah satu pengalaman dan peluang untuk seseorang individu mengasahkan bakatnya sebagai bakal pemimpin kelak.


Beliau juga mengucapkan terima kasih pada SMU kerana, SMU merupakan kelab yang melahirkan bakat kepimpinan sepertinya. Beliau menyatakan semuanya bermula dengan SMU. Saya banyak belajar daripada Kelab SMU terutamanya dalam bidang protokol. Terima Kasih kepada senior-senior SMU ketika itu yang dapat melihat bakat saya ketika itu. Alhamdulillah akhirnya, saya dapat satu pengiktirafan dari Kerajaan Malaysia. Beliau juga memberitahu anugerah itu disampaikan dalam Perhimpunan Agung UMNO kerana ingin membantu dan menaikkan lagi bangsa melayu. Ini tidak ada kaitan saya aktif mana-mana parti politik. Kita bakal kakitangan kerjaan, jadi kita merupakan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kita pendidik anak bangsa kelak. Jadi patutkah kita membangkang kerajaan yang memerintah??? Cuba renungkan!!! Kerajaan hari ini dipegang oleh BN, jadi kita sebagai kaki tangan kerajaan sebagai pelaksanan dasar kerajaan BN. Sekiranya suatu hari nanti kerajaan dipegang oleh pembangkang, maka kita sebagai pelaksana dasar kerajaan pembangkang. Ini kerana kita adalah kakitangan kerajaan dan bukan kakitangan mana-mana parti politik. Ujar beliau.

SEKALI BERSAHABAT SELAMANYA BERSAHABAT...


Wassalam!!!